Kunyit Dan Minyak Kelapa Dara mengecutkan jerawat!
Resepi penjagaan Kulit daripada Kunyit : 5 masalah utama kulit dapat diselesaikan.
1. Kunyit digunakan untuk merawat masalah jerawat
Caranya : campurkan serbuk kunyit dengan Minyak Kelapa Dara Dan sapu pada permukaan Kulit berjerawat. Amat bagus bagi yang menderita jerawat belakang badan.
2. Masalah pigmentasi (pigmentation)
Caranya : campurkan kunyit bersama jus lemon atau timun. Sapukan keseluruh permukaan wajah yang bermasalah sekali setiap hari.
3. Menghapuskan kewujudan kedutan halus di muka terutama sekitar mata. Caranya, campurkan serbuk kunyit dan air tebu. Sapukan ke permukaan wajah yang bermasalah dan biarkan selama 20 minit. Bilas muka dengan air sejuk.
4. Merawat tumit pecah dengan 3 sudu serbuk kunyit dan beberapa titis Minyak Kelapa Dara. Sapukan pada tumit selama 10 minit sebelum mandi. Kaedah ini diulangi sehingga masalah tumit pecah selesai.
5. Menyingkirkan sel kulit mati.
Caranya, campurkan beberapa gram tepung dengan serbuk kunyit Dan sedikit air untuk membentuk skrub. Sapu dan ratakan keseluruh permukaan kulit ketika mandi. Lakukan langkah ini berulang Kali untuk menghapuskan sel kulit mati.
Sumber :
http://makeupandbeauty.com/turmeric-skincare-benefits-top-five-indian-beauty-secrets/
No comments:
Post a Comment