Monday 23 September 2013

Kebaikan Vitamin E




Apakah itu Vitamin E?

Vitamin  E datang dalam 8 bentuk yang berbeza dan ada yang berasal dari tumbuh-tumbuhan. Vitamin E yang larut lemak ini di simpan dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Menurut kajian 60- 70% daripada vitamin E yang diambil setiap hari akan disingkirkan daripada badan, dan ianya tidak menjadi toksik dalam badan. Vitamin E yang lengkap mengandungi 8 komponen dalam 2 kelas utama (topocherols dan tocotrinols).

 Antara kebaikan pengambilan vitamin E  :
-Mengurangkan risiko kerosakkan retina mata.

-Membantu meneutralkan oksidan toksik.
-Memperbaiki tisu-tisu dan sel-sel saraf.

-Membantu dalam melambatkan penurunan kognitif di kalangan pesakit Alzheimer.
-Menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol

-Memperbaiki sistem peredaran darah.
-Mengendurkan otot kaki dari kekejangan (biasanya berlaku kpd atlet dan individu yg sering melakukan kerja-kerja berat )

-Membantu melambatkan penuaan sel badan.

-Melindungi paru- paru daripada pencemaran.

-Mengurangkan parut luka.
-Menggalakkan kesihatan rambut dan kulit.
-Bagi sesetengah lelaki, meningkatkan pengeluaran air mani.

-Mengurangkan rasa tidak selesa di kalangan wanita ketika seks (kesan menyusukan anak, pengambilan pil hormon atau melalui fasa menopos)

Sumber yang kaya Vitamin E :
Vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang boleh diperolehi daripada pelbagai makanan, lemak dan minyak. Antara sumber yang kaya dengan vitamin E adalah jagung, kekacang, minyak sayuran, buah avocado, buah kiwi, mangga dan buah betik, serta sayur-sayuran yang pelbagai.

 Kekurangan vitamin E :
-Anemia ( kekurangan sel darah merah )

-Alzheimer
-Keguguran rambut.

-Mudah radang dan odema (pengumpulan air dalam tisu ) pada bayi.

-Kekurangan vitamin E pula boleh membawa kepada masalah lemah otot, masalah penglihatan dan masalah pergerakan seperti berjalan.

No comments:

Post a Comment